Wednesday, July 30, 2008

Perjalanan Istimewa Israk Mikraj

HARI ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh. Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1) Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.

Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya."

Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.

Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.

Apabila puteri itu mendengar perkataan Allah, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.

Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga
mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

http://web.utm.my/hep/index2.php?option=content&do_pdf=1&id=189

Beriadah lagi..

Kemarin lagi sekali Network Section ngadakan acara beriadah d tasek lama.. Kali ani, naik bukit turun bukit bukan macam minggu lapas berjogging sja..Minggu ani Haji Emran(boss NS) ikut jua..

Sebelum atu..wrestling dulu..Hj Shamsul(Putih) VS Hj Eriffin(Merah)..Referee Hj Azmi

Knock out: Hj Shamsul kepisan


Hj Emran boss NS

Lerrrr...Nada gambar ku panya..

Ke BSB..

Hari Ahad jalan lagi dgn family ke Bandar..Mbawa kanak2 main bula d padang lah..tapi padang basah..so no football, lepak2 sja..

Hujan Turun

Bro with family

Iatah bapa and babuku ni..

Relax

Ka Masnah and daughter, Wasimah

Najwa, iski usulnya..

Yess!! ada gambar ku..makan..

Monday, July 28, 2008

Malam Tanglong..

Hi yo..what a great nyte masa ari sabtu atu..siuk eh ramai urg..Janya ahir dtg..baik jua ada pass paking untuk paking betingkat, tapi pasal ahir atu panuh lah udah paking sana..tapi at least dgn pass atu kami dpt masuk ke kawasan bandar..so ampir sikit bejalan..btw kami ani urg2nya: Dani, Dayah, Ckeen, Zaki, Ezan, Jamal and Shat..Sambung ceta, ahirnya paking d TelBru..baik jua ada urg TelBru..aiseh..

Some pictures during the Tanglong Nyte..Nda belurih menggambar kereta berhias..Gmbr bunga api banyak plng..tapi nda lawa2 shots ku..buuuring..ani sja lah:

Errr..my best shot..

TelBru's Blue Ranger, Ikhwan

Lawa tah banar bunga api ah..

TelBru's Red Ranger

The Pro

Lapas tanglung atu..lapar rasa parut..then mencari food stall d bandar..skali semua panuh..then makan d Raudati tah kami pasal ckeen teseliur kan makan kambing..ok atu saja..

That's all folks!!

Saturday, July 26, 2008

Carbonado with new shoes

Yeayy!! Just bought new tyres for my car..

Tapi..sumpak duit d buatnya..aarghh..

Eh..relax2..cool...

Thursday, July 24, 2008

Beriadah d Tasek Lama..

Kemarin, Network Section(tmpt ku attach masa ani) mengadakan sesi beriadah d Tasek Lama..Purpose nya utk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kakitangan2 NS...As usual the guest of honour is me..hehe..majal..Next 2 weeks balik tah ku semula ke DS ni...Siuk dah rasanya sana ah..Sikit gambar dari event kemarin:

Beriadah...

Warming Up..


Hj Umar & Naruddin..Sasat usulnya..

Hj Zai & Sofian (Sedara c Padil..)


Hj Asrin & Hj Shamshul..Bahapa kah dorg ani...

Harun, Salleh, Hjh Juridah (Boss), Naruddin...Blakang atu nda ku tau!!

Ah..dorg panya..Hj Asrin, Pg Shamsu, Hj Umar



Guest of Honour dgn 2 bodyguard..(Baik jua ada gambarku)



Cooling down..Kenal kamu baju biru atu?

Bah eh..kalat mataku dah..Nada masa banarnya..ani tah sja masa lapangku ni, iatah ringkas sja..bah ah..Selamat malam semua..Gud Baiii..

Sunday, July 20, 2008

Meng-Ambuy d rumah..

Today is the 2nd part of Ambuyating.. Actually the first was held on the 15th July 08.. This 2nd part is for my mother's siblings with their family.. The guest of honour is myself..hehe..


Acara meng-ambuy d mulakan..

Bro and wife..


Cacah - Budu, Tempoyak, Limau, Binjai and Membangan..

Mamit, urg kuat dlm memproses Ambuyart..



Amit Samsul and Amit Shikin, lapas meng-ambuy, karaoke-ing..


Kaju and daughter, Najwa..


The Cousins..
Finally, the guest of honour...

We're Legends

My ex-MTSSR classmate Dk Norfaezah(currently working as Technical Assistant in MTSSR), this morning has sent me a picture through msn..I asked her, what picture is this with a 'You' file name..She asked me juz to accept it..'Skali d accept rupanya gmbr kami masa study d MTSSR taun 2001 to 2004..' This photo is still attached on the Electrical & Electronic staffroom's wall..Cabut tia kali eh..hehe.

Legends of Electrical Dept

At first, I felt quite embarrased to post this picture..Me with the moustache..haha..But its ok..Pasal ani gambar kenang2an jua kan..Dan yang paling penting masa ani macho lah..hehe..Thank Zah..

Saturday, July 19, 2008

Newspaperzzz


As I woke up this morning I was thinking that I need to clear this newspapers off from my desk. Actually this newspapers brings a lot of memory to me..cheewaah..Yea seriously, this is my collection of Borneo Bulletin since the 1st of January 08 until now. This is one of the preparation that I have made for my AFCB (Armed Forces Commision Board) which was held on 9th June 08 to 13th June 08. This is to improve my grammar and to make myself knowledgeable and informative in anythings especially the current issues. The hot topic during my AFCB - Cyclone Nargis in Myanmar, earthquake in china, Tobacco act in Brunei, Rise in the price of fuel and food, and of course Euro 2008. A lot of hardwork have been done but unfortunately I failed my AFCB :( .. Ehm...although I failed my AFCB, there is a lot of good things can be taken from it. Previously I was a 'never touch any reading material' sort of guy, and now I like to reads newspaper and watch news channel CNN, BBC and Al-Jazeera.. Isn't that cool? hehe..

I feel honoured too to get to know my 2 syndicate officers Lt Col Idris and Maj. Alirupindi.. They are professionals, they try hard to help us through and they keep on giving us motivation. Have u seen Lt. Col. Idris..?? Yea, he's in the picture...But he is the marching commander during His Majesty's 62nd B'day anniversay..He was my syndicate officer..salute sir..



And during my AFCB its great to be in the same group with the 7 member of the group - Arif, Reamy, Hanif, Amirul, Fifi, ZulF(not the singer), Akram..and not to forget Yazid (nada dlm gmbr)..These guys are great, we clicked with each others, we worked very hard as a group, helpful to each others and these guys are crazy too..hehe.. Finally,there is one more thing that need to be mention..*baca secara whisper ah* jangan gtau urg ah...ada satu malam atu...c mirul ngigau..mbari ijab lah igauannya atu...apa d igaukannya atu,biarlah rahsia...kami 8 org sja tau..hahah..sorry mirul...



To Reamy, ZulF, Arif, Akram and Yazid..All the best wiff you guys punya FIB...k..Mudahan berjaya..

First post...

Masa ani jam 1.25am..ani kan merasmikan blog ku lah..simple sja dulu..mun rajin ngubah2..

Dgn ini saya merasmikan pembukaan blog saya http://gascan-medium.blogspot.com dgn bacaan bismillahhirahmannirrahim..